Bendera dan Lambang

2. Melukis dan Menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dan lambang Malaysia dan Negeri

Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing

Bendera Malaysia




Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Lambang negara



Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).


Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning  pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.


Kedah



Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

 
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

Negeri Sembilan








Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M Raja.bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-Datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
 
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan bauh negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungnya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang di-Pertuan Besar


Pahang



Bendera Negeri Pahang adalah mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.
Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.



Mata tombak itu ialah contoh mata tombak besar, iaitu "cogan" salah satu dari Alat Kebesaran Negeri yang utama, tanda kekuasaan seperti Cokmar.Jika diperhatikan, bentuk cogan itu adalah ganjil. Sebagai mata tombak, lebar matanya tiada padan dengan panjangnya.
Ini ialah kerana hendak menyerupakan bentuknya dengan bentuk daun kopi. Menurut riwayat tua, Almarhum Sultan Ahmad yang telah beberapa kali membuat percubaan untuk mendapatkan takhtar Pahang, telah menganggap kejayaan akhir Baginda oleh suatu peristiwa berhubung dengan 
cawan kopi yang dihidangkan kepada Baginda tatkala sedang menyusun perjuangan di Terengganu untuk melanggar Pahang bagi kali yang akhir.
Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja.

Kelantan




 


Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna itu tanda kesucian Raja negeri ini
 
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya.

Dua kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada

akhir kurun yang ke-14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri KELANTAN

Johor














Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

 Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di 

sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri Johor.

Perak




Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli 

Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan



Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri

Perlis








 


Warna Kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat.Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dan Rakyat Baginda.

 Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.




Selangor











Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memeberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
 
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-Warna. Disebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.


Terengganu








Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitam yang bermakna rakyat- oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
 
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran


Sarawak


Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian marauh dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan 

Perundangan dan Peraturan (Order), perpadaun serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita unutk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka

 
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang" terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

Pulau Pinang







Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.Warna putih maksudnya Negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
 

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang memepunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan taing tersebut.
Dua(2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat(4) kabel pula 

menggambarkan empat(4) jenis keturunan rakyat di negei ini, iaitu Melayu. Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima(5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Sabah



Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di antara sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. 
Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.


Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yagn lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi Negeri Sabah.
Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam Negeri Sabah.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan 

kesejahteraan , putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.
Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Melaka






Warna-warna merah, puith, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
 

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang 

telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
"BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri Melaka.

Wilayah Persekutuan



Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.

Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
  • Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
  • Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
  • Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  • Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
  • Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan