Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.
2. Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua
Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia
dan Lambang Negeri masing-masing.
3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan
atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA,
FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain.
4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan
kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan.
5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.