LENCANA
JAYADIRI
Nama
: MUHAMMAD FAIZ HAKIMI BIN OSMAN
N.
K/P :
No.
Kump : 01 PADANG TERAP
Sekolah : SMK
DATO’ SYED AHMAD, KUALA NERANG.
REKOD PERIBADI
NAMA :
__________________________________________
HURUF BESAR
Tarikh Lahir :
_________________________
No. K/p : ____________________________
No. Ahli :
____________________________
No. Kumpulan :
_______________________
Nama Kumpulan :
_____________________
Daerah :
______________________________________
______________________________________
Negeri :
_____________________________________
Alamat Kumpulan :
____________________________
_____________________________________________
Pangkat :
_____________________________________
SUKATAN PELAJARAN
LENCANA
JAYADIRI
1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.
2. Melukis dan rnenerangkan rupa bentuk
bendera semua negeri dalarn Malaysia dan mengetahui lambang Malaysia dan
lambang negeri masing- masing.
3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi
kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan
lain-lain.
4. Melukis peta negeri masing-masing dan
menunjukkan kawasan Parlimen serta narna ahli parlirnen yang berkenaan.
5. Mempunyai
buku log pengakap yang kemas kini.
REKOD UJIAN
LENCANA
JAYADIRI
NAMA : ____________________________________________
No. K/P : _________________ TARIKH
LAHIR :____________
NO. AHLI : _______________ NO. KUMP: _______________
NAMA KUMP : _____________________________________
ALAMAT KUMP : ___________________________________
BIL.
|
PERKARA
|
TARIKH LULUS
|
T/TANGAN PENGUJI
|
1.
|
Fungsi
Parlimen
|
||
2.
|
Bendera Negeri
dalam Malaysia, dan lambang negeri dan Negara.
|
||
3.
|
Fungsi
sebuah agensi Kerajaan
|
||
4.
|
Peta Kawasan
Parlimen negeri dan ahli Parlimen
|
||
5.
|
Buku Log
Peribadi
|
Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja
yang tersebut di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak
dalam lencana Jayadiri.
Tarikh : ___________ _____________________
Pemimpin Pengakap Remaja
(Nama dan cap)
1.
PARLIMEN PERSEKUTUAN
Parlimen Malaysia merupakan
adan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster.
Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau
Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara
diberi gelaran Senator.
Satu pilihan
raya diadakan setiap
lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan
Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah
merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008.
Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia,
yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib.
PARLIMEN Persekutuan terdiri daripada Duli Yang Maha Mu!a Sen Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan dua dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Yang di-Pertuan
Agong sahaja yang boleh memamggil Parlimen bersidang. Baginda juga mempunyai
kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Dengan yang
demikian, Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil
Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang aktif dalam
satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam
penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap
penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau
bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mcngubah tarikh-tarikh
yang ditetapkan itu dan semasa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan
badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih
dahulu, Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dan tarikh mesyuarat
pertamanya selepas pilihan raya umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinva
dibubarkan dan dalam masa 60 hari dan tarikh pembubaran Parlimen, pilihan raya
umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan
Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat danpada
120 hari dan tarikh pembubaran itu.
Fungsi Parlimen
1. Kuasa Perundangan Parlimen. Parlimen
melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara. Parlimen adalah badan
kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan itu membuat undang-undang yang
boleh dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan.
2. Kewangan Parlimen juga mengawal
kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar Persekutuan boleh dinaikkan
hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang
Persekutuan. Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat dibelanjakan dengan
kuat kuasa Parlimen.
3. Kuasa perbincangan. Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan
pendapat orang ramai mengenai halehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen,
dasar dan tindak-tanduk kerajaan bolehlah diselaraskan mengikut pendapat umum.
4. Kuasa
penyelenggaraan. Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang
diletakkan ke atasnya dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka Perlembagaan
memberi beberapa hak dan perlindungan undang-undang yang dikenali sebagai
‘keistimewaan Parlimen’. Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada
keseluruhannya dan oleh tiap-tiap ahli Parlimen.
5. Kuasa menghukum. Tiap-tiap dewan
berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-masing mempunyai
pengawasan khas terhadap perjalanan persidangannya sendiri, sah atau tidak sah
perjalanan mesyuaratnya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah; dan
tiap-tiap dewan boleh menghukum ahli-ahlinya kerana melanggar keistimewaan
Parlimen atau ‘mencemar’ dewan. Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan
Persekutuan, tiap-tiap ahli Parlimen terlindung daripada tindakan
undang-undang jenayah atau sivil berhubung dengan perkara-perkara yang
diperkatakan atau undi \rang dibuat dalarn Parlimen, dan perlindungan yang sama
juga diberi kepada orang-orang yang bertindak di bawah kuat kuasa mana-mana
dewan.
DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat terdiri daripada 222 orang ahli yang
dipilih sewaktu pilihan raya umum 2013. Komposisi perwakilan negeri-negeri
adalah seperti berikut:
Semenanjung
Tanah Melayu : 165 orang
Sabah : 25 orang
Serawak : 31 orang
Wilayah
Persekutuan Labuan : 1 orang
Korum : 74
orang
Simple
Majoriti : 112 orang
2 pertiga : 148 orang
Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah dipilih
keseluruhannya. Yang Dipertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun
demikian, terdapat pula satu syarat dalam Perlembagaan yang membolehkan Yang
Dipertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini
dianggap sebagai ahli Dewan dan satu tambahan kepada 222 orang ahli yang
dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dibataskan kepada
warganegara yang berurnur 21 tahun ke atas dan ia tidak boleh menjadi ahli
Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan
Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum
tempoh tersebut, iaitu setelah mendapat nasihat dan Perdana Menteri.
Fungsi Dewan Rakyat
1. Menjalankan
sistem pemerintahan demokrasi.
2. Bersidang
dan semasa ke semasa.
3. Membahaskan
tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar kerajaan.
4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang undang diperkenalkan di Dewan
Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian akan dijalankan.
Jika ia telah diterima dan diluluskan, usul ini akan dihantar ke Dewan Negara
untuk perbahasan dan perbincangan.
5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh
dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen menyokong pindaan tersebut.
DEWAN NEGARA
Dewan
Negara mempunyai 67 orang ahli yang mana 41 orang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda ‘telah berbakti dengan
cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam,
perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan
masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh
mewakili kepentingan Orang Asli’. Dua orang ahli untuk mewakili Wilayah
Persekutuan
Kuala
Lumpur dan seorang untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan akan juga
dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Sementara 26 orang lagi dipilih oleh Dewan
Negeri dan 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri
mengemukakan dua orang senator. Yang Dipertua dan Timbalannya dipilih daripada
kalangan mereka sendiri. Keanggotaan Dewan Rakyat ini dibataskan kepada
warganegara yang telah berumur 30 tahun ke atas. Tempoh Dewan Negara ini
tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Tempoh jawatan seseorang Ahli
Dewan Negara ialah tiga tahun. Beiau tidak boleh memegang jawatan itu lebih
daripada dua tempoh.
Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk
mengubah kedudukan ahli Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli Dewan
yang dipilih oleh Dewan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya
ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, mengurangkan
jumlahnya, atau rnenghapuskan ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.
Fungsi
Dewan Negara
1. Menyemak
usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.
2. Menangguhkan semua rang undang-undang
yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Semua rang undang-undang Dewan Rakyat mesti
diluluskan oleh Dewan Negara sebelum dihantar kepada Duli Yang Maha Muhia Yang
di-Pertuan Agong untuk ditandatangani.
3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang
undang undang dan merujukkannya semula kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh
menolak rang undang-undang tersebut.
4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat
penyalahgunaan kuasa Dewan Rakyat.
5. Rang undang-undang
yang ditandatangani oleh Yang diPertuan Agong akan menjadi Akta Parlimen dan
seterusnya undang-undang.
B.
BENDERA DAN
LAMBANG
BENDERA MALAYSIA
1. SIMBOL
DAN WARNA PADA BENDERA MALAYSIA
Bendera negara Malaysia mengandungi empat warna iaitu merah, putih, biru dan
kuning. Terdapat 14 jalur melintang yang sama lebar. Jalur-jalur ini bermula
dari atas berwarna merah dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah.
Jalur-jalur ini melambangkan 13 buah negeri dalam Malaysia iaitu Perlis, Kedah,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Melaka,
Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, dan Kerajaan Persekutuan. Warna biru tua di atas
sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Dalam kawasan yang
berwarna biru tua ada anak bulan dan bintang pecah 14. Warna kuning ialah warna
diraja bagi raja-raja. Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu agama
Islam. Warna merah dan putih - bermakna
kedaulatan pemerintahan dan tanda kesucian.
Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam Malaysia dan
Kerajaan Persekutuan.
Susunan pengibaran bendera Malaysia lebih diutamakan di
negeri-negeri dalam Malaysia dalam tiga keadaan yang berikut:
1. Hari keputeraan rasmi Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada hari Sabtu (dahulu Rabu) yang pertama
dalam bulan Jun tiap-tiap tahun.
2. Hari ulang tahun kemerdekaan pada 31
Ogos setiap tahun.
3. Lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong ke negeri yang berkenaan.
Rajah 1 :Bendera Malaysia
2. UKURAN BENDERA MALAYSIA
Bendera negara Malaysia mempunyai ukuran mengikut nisbah 1:2 iaitu
lebar satu dan panjang dua. Bendera Malaysia boleh dibuat mengikut saiz yang
diperlukan sama ada kecil ataupun besar asalkan mengikut nisbah yang telah
ditetapkan. Walau bagaimanapun ukuran standard yang besar ialah lebar 91.5 cm
dan panjang 183 cm, dan bagi yang kecil ialah 15.2 cm lebar dan 30.5 cm
panjang.
Saiz bendera iaitu 14 unit lebar dan 28 unit panjang. Empat belas
unit lebar dibahagikan kepada l4 jalur iaitu satu unit bagi satu jalur.
Jalur-jalur ini berselang-seli warna merah dan putih yang bermula dengan warna
merah di atas dan berakhir dengan warna putih di bawah.
Kedudukan warna biru pula ialah di sebelah kiri atas, di sudut
tiang, bermula dan kiri sepanjang 14 unit iaitu setengah panjangnya daripada
keseluruhan panjang bendera tersebut. Lebar ke bawah pula mengambil lapan unit
iaitu hingga ke warna jalur merah yang kelima, dan ini bermakna lebamya ke
bawah lebih sedikit daripada separuh. Kedudukan anak bulan dan bintang adalah
betul betul di tengah-tengah petak yang berwarna biru.
3. Kedudukan anak bulan dan bintang
Rajah 2 : Kedudukan anak
bulan dan bintang pada bendera Malaysia
Nota
Satu unit bersamaan dengan 2 lebar (lebar bagi tiap-tiapjalur)
ukuran bandingan bendera ialah sam kadar dua - 14 unit bersamaan dengan 28
unit.
Kedudukan anak bulan dan bintang adalah di tengah-tengah petak
yang berwarna biru. Terdapat bintang pecah 14 dan pecahan bintang yang ke-10,
ke11, ke-12, dan ke-13 termasuk sedikit ke dalam anak bulan. Bucu anak bulan
yang di atas hampir mencecah pecahan bintang yang ke-14 sementara bucu anak
bulan yang di bawah hampir mencecah pecahan bintang yang kesembilan.
Bendera Malaysia yang terdapat di pasaran biasanya tidak mengikut
ukuran yang sebenar. Ada kalanya pecahan bintang 14 ini kecil, jauh dan anak
bulan dan ada juga yang separuh daripada pecahan bintang ini termasuk ke dalam
anak bulan. Terdapat juga bucu atas dan bawah anak bulan ini yang jauh kedudukannya
dan pecahan bintang dan ada pula yang terletak antara dua pecahan anak bintang.
Jika hendak menempah bendera negara Malaysia hendaklah mengikut ukuran seperti
rajah di atas.
4. MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA
1. Jangan letakkan bendera di atas tanah.
2. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah
sewaktu menurunkannya.
3. Jika bendera dikibarkan separuh tiang, turunkan dan
bawa ia masuk pada waktu petang.
4. Jika
hendak mengibarkan bendera separuh tiang, naikkan dahulu sepenuh tiang,
kemudian barulah turunkan semula
separuh tiang.
5. Jangan
gunakan bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda,
kecuali sebagai tanda penghormatan.
Inisalnya untuk menutup keranda.
6. Tali
bendera hendaklah sentiasa diperiksa. Pastikan ia teguh dan tidak mudah putus
5. LAGU RASMI MALAYSIA
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat
bidup bersatu dan maju
Rahmat
bahagia Tuhan kurniakan
Raja
kita selamat bertakhta
Rahmat
bahagia Tuhan kurniakan
Raja
kita selamat bertakhta
1. JATA NEGARA
·
Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning
melambangkan agama Islam.
·
Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah
negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.
·
Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan
Malaysia.
·
Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
·
Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata
Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
·
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu,
warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna
Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning
warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang asal.
·
Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada
Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
JATA NEGERI-NEGERI MALAYSIA
JATA NEGARA MALAYSIA
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14
menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala
bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu
tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu).
Bahagian
sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah
kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama
besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna
Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri
Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat
buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian
di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di
sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan
- Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna
Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang
berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja
untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati
bendera mereka.
BENDERA NEGERI KEDAH
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah
perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas
latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga
melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya
Lengkaran itu
maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai
pula tanda kekuasaan.
BENDERA NEGERI KELANTAN
Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk,
rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri
ini.
LAMBANG NEGERI KELANTAN
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris
maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah
tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia
untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada
sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri
Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih
kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkanWANG emas dicap dengan
gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN
KELANTAN" ialah
cogankata negeri ini.
NEGERI SEMBILAN
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi
yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna
hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.
LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan
buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai
menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam
maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.
Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam
gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di
tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda
Kebesaran Yang Di Pertuan Besar
BENDERA NEGERI TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia
melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah
memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang
tanda Agama Islam, agama negeri.
LAMBANG NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan
pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat
Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan
Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.
Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya
daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga
kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama
rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.
LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak
merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek
dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di
bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh
pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling
pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna
kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang
berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai
dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang
ini
melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel
pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina,
India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan
berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip
Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
BENDERA NEGERI PERLIS
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya
rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat
baginda.
LAMBANG NEGERI PERLIS
Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama
negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya.
BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna
Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda
Agama Islam, agama negeri danMalaysia.
LAMBANG NEGERI MELAKA
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah
negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnyaLIMA
ORANG pahlawan
termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda
Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu
mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati
riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama
mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan
membukanya.
BENDERA NEGERI PAHANG
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu
putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna
kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan
di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah
melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa
negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata
susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja
dan berdaulat.
LAMBANG NEGERI PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada
emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah
melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di
Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat
dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun
kopi
itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya
serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satuPERDAGANGAN yang besar.Kalimah " Ya La
Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan
kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.
BENDERA NEGERI PERAK
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna
berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna
putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja
Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat
Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
LAMBANG NEGERI PERAK
Lambang
Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit
yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan
Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan
sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
NEGERI JOHOR
Anak bulan dan
bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang
berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang
berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
LAMBANG NEGERI JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih
itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru,
Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula,
tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan
kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di
negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya
Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.
BENDERA NEGERI SABAH
Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 :
2. Petak utamadalam bendera ini luasnya
separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji
sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berada dalam kedudukan
1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian
lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana
jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru
zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna
biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan
kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan
keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara
warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna
itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung
Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
LAMBANG NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang
berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak
di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih,
biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang
berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri
iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai
ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan
warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang
tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna
putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan
kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan
dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian
Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan
ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
BENDERA NEGERI SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan
rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak
sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan
Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang
kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak
mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan
sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang
juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
LAMBANG NEGERI SARAWAK
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang:
terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha,
berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga
boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUANPUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah PersekutuanPUTRAJAYA adalah berasaskan dua (2) warnautama iaitu biru dan kuning.Warna
biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala
warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah PersekutuanPUTRAJAYA menjadi tonggak pentadbiran
negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih
dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning.
Unsur-unsur ini tidakDAPATdipisahkan memandangkan Kuala
Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih
(melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan
bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14
melambangkan 13 buah negeri di Malaysiadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak
sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan
wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. Warna merah
melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke
arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala
Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya
dalam taman bercahaya
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar
berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna
kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan
bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan
adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang
bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas
menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah
menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Putih : Melambangkan
kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat
yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Biru : Melambangkan
perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta
berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan
teknologi. Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta
mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman
dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi
ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di
dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
MELIPAT
DAN MENGIBARKAN BENDERA
Pergerakan pengakap melaksanakan satu
istiadat mengibarkan bendera, terutama semasa perjumpaan mingguan pengakap atau
pada waktu pagi dalam sesuatu perkhemahan. Urutan pelaksanaan istiadat mengibar
bendera adalah seperti
di bawah ;
1. ketua
patrol dan penolong ketua patrol bertugas perlu meIipat bendera Malaysia yang
akan dikibarkan sebelum istiadat ini dilaksanakan. Kebiasaannya, bendera
dilipat pada pukul 7.00 pagi semasa perkhemahan.
2. Tatacara melipat bendera adalah seperti
berikut:
(a) Dua orang petugas diperlukan semasa
melipat bendera.
(b) Ikat tali bendera pada tali tiang bendera
dengan kemas, pastikan hendera tidak terbalik.
(c) Lipat dua atau lipat empat bendera
tersebut (saiz lipatan tersebut perlu sesuai dengan benclera).
(d) Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam
bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya
selitkan tali bahagian bawah ke dalarn lipatan tersebut.
(e) Naikkan
bendeta yang diikat ke puncak tiang benclera.
Rajah 1 Melipat bendera
3. Tatacara semasa istiadat
mengibar bendera dilaksanakan adalah seperti di bawah.
Rajah 2 : Kedudukan dalam bentuk tapak kuda
( bilangan peserta sedikit)
(a) Pemimpin berdiri satu
barisan di bahagian belakang tiang bendera dan ahli pengakap berada dalam bentuk
tapak kuda.
Rajah 3.13 Kedudukan dalam bentuk
tapak kuda
(bilangan peserta ramai)
(b) Pemimpin bertugas akan
memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
(c) Pemimpin bertugas
melaporkan diri kepada pemimpin kumpulan dan memohon kebenaran melaksanakan
upacara menaikkan bendera.
(di) Pemimpin bertugas kembali
ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas
bergerak ke hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera bahagian yang
dikendurkan. Bendera akan berkibar.
(e) Ketua patrol bertugas
melangkah selangkah ke belakang, kemudian memberi tabik hormat kepada bendera
dan diikuti oleh sernua pemimpin serta pengakap lain.
(f) Ketua patrol bertugas
bergerak ke tempat asalnya.
(g) Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap
dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.
(h) Pemimpin bertugas akan
menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan
dan mengangkat tangan sambil menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan
mengangkat tangan mengaminkan doa.
(i) Selesai membaca doa, ahli patrol
bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli menjatuhkan
tangan dalam kedudukan sedia.
(j) Pemimpin bertugas akan menyebut
perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas melangkah Selangkah ke hadapan
dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli mengangkat tangan untuk memperbaharui
persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleb ahli patrol
bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
(k) Selesai membaca persetiaan pengakap,
ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli
rnenjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
(l) Patrol bertugas memberi arahan kepada
ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin kumpulan memberi taklimat dan ucapan.
(m) Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan,
ketua patrol bertugas memberi hukuman ‘sedia”. Apabila pemimpin keluar baris,
baharulah ketua patrol bertugas memberii arahan keluar baris.
C.
FUNGSI
AGENSI KERAJAAN ATAU BADAN BERKANUN
MADA
ada
tanggal 27 Mac 1982 bersamaan 2 Jamadil Akhir, telah berlangsungnya perletakkan
batu asas Kompleks Ibu Pejabat MADA yang di sempurnakan oleh Perdana Menteri,
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad.
Perletakkan
batu asas ini telah menjadi lambang pengorbanan dan sumbangan para petani
negeri Kedah Darulaman kepada keperluan beras negara. Ia juga menjadi lambang
kemegahan hasil usaha gigh serta kerjasama erat antara masyarakat tani dengan
seluruh petugas MADA bagi menjayakan tanaman dua kali setahun sejak lebih 46
tahun yang lalu.
LOGO
Lambang
ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah MADA pada 17 Ogos 1972. Biru ialah warna
air (pengairan). Bukit-bukit dan empangan menunjukkan sumbernya. Kebiruan itu
melambangkan permulaan kegiatan pembangunan. Kuning ialah warna padi masak. Kekuningan
itu melambangkan matlamat akhir pembangunan. Cantuman kedua-dua warna biru dan
kuning melambangkan percantuman Bahagian Taliair dan Bahagian
Pertanian menjadi sebuah
Lembaga untuk mencapai matlamat pembangunan sosial dan ekonomi di dalam Kawasan Muda.
Jentera menunjukkan usaha petani yang perlu dimodenkan untuk mencapai matlamat
tersebut. Lingkaran buah padi di kiri kanan perkataan MADA melambangkan
tanggungjawab utama Lembaga dalam pembangunan pertanian bagi mencapai
pengeluaran makanan yang bertambah untuk keperluan Negara.
PENUBUHAN
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan Persekutuan pada 30 Jun 1970 di bawah satu
dekri darurat dengan nama mulanya iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Perasmiannya telah dilakukan
oleh Allahyarham
Tun Hj. Abdul Razak Husin selaku Pemangku Perdana Menteri Malaysia
merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor
Setar Kedah.
Turut hadir menyaksikan perasmian ini di antara lainnya adalah Y.A.B
Dato’ Syed Ahmad Syahabuddin Al-Haj (Menteri Besar Kedah), Y.A.B Datuk Syeikh
Ahmad B. Hashim (Menteri Besar Perlis), Y.B. Encik Ghazali B. Hj Rawi (Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama) serta Y.B. Tan
Sri Abdul Kadir B. Yusoff (Peguam Negara). Penubuhan MADA telah diluluskan oleh
Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, tahun 1972.
KUASA-KUASA LEMBAGA
Mengikut
Seksyen 4(1) Akta 70, Lembaga diberi kuasa :-
i. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan social dalam Kawasan Muda.
ii. Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Mada apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang telah diperuntukkan padanya oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.
i. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan social dalam Kawasan Muda.
ii. Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Mada apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang telah diperuntukkan padanya oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.
Dalam
ucapan pembukaan mesyuarat sulung Lembaga Pengarah di Telok Chengai, Alor Setar
pada 8 Julai 1970, Yang Berhormat Tuan Syed Nahar Shahabuddin sebagai Pengerusi
MADA yang pertama menyatakan harapan dengan tertubuhnya MADA, dapatlah diadakan
satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar yang bukan sahaja akan
menggunakan pengetahuan-pengetahuan pakar mereka, bahkan juga pengetahuan
tempatan agarDAPAT diarahkan
satu dasar yang “flexible” untuk menjayakan Rancangan Pengairan Muda.
TUJUAN
DITUBUHKAN
MADA
ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu
sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah
Rancangan Malaysia Pertama dengan kos sebanyak RM238 juta. MADA juga diberi
tanggungjawab merancang dan melaksana program-program pembangunan pertanian dan
program-program peningkatan taraf
hidup untuk 63,000 keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.
Memetik
ucapan perasmian oleh Allahyrham Tun Abdul Razak katanya, “Oleh sebab kawasan
Rancangan Pengairan Muda ini luas maka mustahak ianya dijagai dan ditadbir
dengan sempurna dan kehendak peladang-peladang di dengari. Saya dapati
pekerjaan ini, tidak akan dapat dijalankan dengan licin jikalau pentadbiran
kawasan ini dikelolakan di Kuala Lumpur melalui Kementerian Pertanian dan
Syarikat Kerjasama. Jadi amat mustahaklah kuasa-kuasa pentadbiran kawasan ini
diberikan kepada satu badan yang bertanggungjawab yang mempunyai Ibu Pejabatnya
di Alor Setar. Dengan itu, saya telah memutuskan iaitu mustahak ditubuhkan satu
perbadanan atau “Authority” yang mempunyai seorang Pengerusi daripada Negeri Kedah”.
PENGLIBATAN
PELADANG
Pergerakkan
Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan Peladang memainkan peranan yang
mustahak ke arah pencapaian matlamat Rancangan Pengairan Muda. Dalam menunaikan
tugas dan tanggunjawab, MADA sentiasa melibatkan pemimpin-
pemimpin peladang mengikut masa dan keadaan. Persatuan Peladang
yang pertama ditubuhkan di dalam Kawasan Muda adalah Persatuan Peladang Kubang
Sepat. Ianya ditubuhkan pada 27 Julai 1968 di bawah Akta Persatuan Peladang
Tahun 1967.
Pada tahun itu hanya hanya 215 orang yang menjadi ahli. Sekarang
terdapat 27 buah Persatuan/Pertubuhan Peladang di dalam Kawasan Muda dengan
jumlah ahli seramai 26,976 orang dan modal saham sebanyak RM2.96 juta.
Pergerakkan Persatuan Peladang ini telah menjadi bertambah kukuh dan lebih
berkesan dengan penubuhan Majlis perunding dan Jawatankuasa Penyelaras
Persatuan Peladang MADA serta Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd.
pada pertengahan tahun 1970an.
STRUKTUR ORGANISASI MADA
Bagi mencapai cita-cita penubuhan seperti yang terkandung dalam
ucapan perasmian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, struktur organisasi MADA
telah disusun menggabungkan peranan beberapa jabatan yang penting yang
berkaitan secara langsung dengan perlaksanaan Rancangan Pengairan Muda. Jabatan
Parit dan Taliair serta Jabatan Pertanian di dalam Kawasan Muda masing-masing
diserap menjadi Bahagian Kejuruteraan MADA dan Bahagian Pertanian MADA.
Melalui percantuman ini perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan,
pertanian dan pergerakkan Persatuan Peladang telah dapat diselaraskan di bawah
satu organisasi yang kukuh seperti mana yang telah ditegaskan oleh Pengurus
Besar MADA yang pertama, Encik Mohd Tamin B. Yeop dalam taklimat pembukaan
kepada mesyuarat sulung Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA di Telok Chengai, Alor
Setar pada 8 Julai 1970.
KOMPLEKS IBU PEJABAT YANG TELAH DIBINA
Satu kawasan seluas 43 ekar di Ampang Jajar Pasang Surut, Lencong
Barat, Alor Setar kini telah berdiri dengan kukuh dan megah serta ianya diberi
nama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Ia dijadikan kawasan kompleks Ibu Pejabat
MADA seperti yng ditunjukkan dalam Pelan Tataletak.
IBU
PEJABAT
Serentak
dengan pertukaran Pejabat Pegawai Penyama Projek kepada Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda pada 30 Jun 1970, bangunan sementara Pejabat Pegawai Penyama
Projek di Telok Chengai yang diperbuat daripada kayu itu telah menjadi Ibu
Pejabat MADA. Ia menempatkan Pejabat Pengurus Besar, Pejabat Pentadbiran dan
Pejabat Ketua Bahagian Pertanian.
Pejabat-pejabat
tersebut (kecuali Pejabat Ketua Bahagian Pertanian yang telah berpindah ke satu
bangunan sementara yang lain di Ampang Jajar) masih lagi menggunakan bangunan
sementara yang lama itu sehingga ke hari ini setelah 46 tahun MADA ditubuhkan.
Pejabat Ketua Bahagian Kejuruteraan MADA telah menumpang dan seterusnya
mengambil alih bangunan sementara peninggalan Pejabat Pengarah Projek Rancangan
Pengairan Muda di Jalan Langgar. Kedudukkan pejabat-pejabat Bahagian terpenting
yang berjauhan dan kesesakkan ruang pejabat yang dihadapi itu telah menimbulkan
kesukaran dari segi melaksanakan program-program pembangunan dan juga operasi.
PERKEMBANGAN
Sebelum
30 Jun 1970, Rancangan Pengairan Muda diletakkan di bawah Pejabat Pegawai
Penyama Projek yang dikendalikan daripada Kuala Lumpur. Perlaksanaan kerja-kerja
pembinaan prasarana fizikal dan projek-projek perintis menjadi tanggungjawab
Jabatan Parit dan Taliair. Jabatan Pertanian dengan menggunakan daya utamanya
sendiri telah menjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan dan intensif
menyediakan peladang-peladang untuk memasuki satu era baru dalam perusahaan
tanaman padi dua kali setahun. Jabatan Pertanian juga telah merintis jalan ke
arah penubuhan pergerakkan Persatuan Peladang.
Tanggal
30 Jun 1970 adalah merupakan lambang titik perubahan yang besar dalam sejarah
Rancangan Pengairan Muda. Pada hari itu Pejabat Pegawai Penyama Projek dengan
rasminya ditukar menjadi sebuah pihak berkuasa menurut undang-undang yang
sekarang dikenali sebagai MADA.
Seawal
penubuhan, MADA hanya mempunyai 7 orang kakitangan asas terdiri daripada
seorang Pengurus Besar, seorang Pentadbir, seorang Jurutera, seorang Ahli
Ekonomi, seorang Pegawai Kerani, seorang Pelayan Pejabat, dan seorang Pekerja
Buruh. Pergantungan kepada kedua-dua Jabatan Pertanian serta Jabatan Parit dan
Taliair terpaksa diteruskan sementara proses pinjaman dan proses pengambilan
kakitangan baru sahaja dilakukan. Sekarang bilangan kakitangan MADA dalam semua
kumpulan dan lapisan telah banyak bertambah, berjumlah lebih daripada 1850
orang. Tugas dan tanggungjawab juga telah berkembang luas untuk memenuhi
matlamat meninggikan taraf hidup masyarakat peladang di dalam Kawasan Muda dan
melebihkan pengeluaran makanan untuk keperluan Negara.
VISI MISI
VISI 01
Peneraju undustri padi Negara dan penggerak utama
pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di Kawasan MUDA.
MISI 02
·
Mentrasformasikan
industry padi ke tahap moden, cekap, mapan dan kompetitif.
·
Mempergiatkan
penglibatan peladang dalam keseluruhan rantaian nilai total value chain)
industry padi dan beras.
·
Memaksimumkan
pendapatan peladang melalui pelbagai sumber.
·
Memajukan
institusi peladang sebagai entity ekonomi yang berdaya saing.
Secara keseluruhanya kesan
grafik yang jelas adalah pemaparan huruf "M" yang dihubung terus
kepada MADA.
|
|||
Huruf "M" itu
dibentuk oleh dua butir buah padi yang menggambarkan kegiatan utama MADA di
dalam perusahaan penanaman padi.
|
|||
Huruf "M" juga
mempunyai rekabentuk yang menjulang menggambarkan usaha-usaha pembangunan dankemajuan dalam
serba bidang. Huruf berkenaan mempunyai dua kemuncak yang melambangkan dua
matlamat utama MADA, iaitu untuk memajukan kesejahteraan hidup sebilangan
besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan negara.
|
|||
Warna-warna kuning, hijau dan
biru adalah gabungan warna- warna Negeri Kedah dan Negeri Perlis.
|
|||
Warna-warna tersebut juga
mewakili :
|
|||
Kuning: Melambangkan
Kemakmuran.
|
|||
Hijau:
Melambangkan Pertanian.
|
|||
Biru: Melambangkan Pengurusan Pengairan.
|
|||
STRATEGI DAN PROGRAM
STRATEGI 1
Meningkatkan
Hasil dan Produktiviti Padi
Program
·
Mentranformasikan Sistem Pengurusan Ladang
·
Mengurus input Pertanian Secara Optimum
·
Memantapkan Sistem Pengembagnan Pertanian dan Pengairan
·
Mempergiatkan Mekanisma dan Teknologi Perladangan
·
Meningkatan Kecekapan Pengurusan Air
STRATEGI 2
Menambah
Kepadatan Insfrastruktur Dan Pembangunan Sumber Air
Program
i. Melengkapkan
Infrastruktur Blok Pengairan Ke Peringkat Tertier
ii. Memulihara dan Menambahbaikan
Insfrastruktur Sedia Ada
iii.
Meneroka dan Menambah Sumber Air
STRATEGI 3
Mempelbagai
Aktiviti Asas Tani dan Industri Asas Tani Bagi Menjana Pendapatan
Program
i. Pembangunan
Asas Tani
ii. Pembangunan Industri Asas Tani
iii. Pemasaran
iv. Program Pembasmian kemiskinan
STRATEGI 4
Memperkukuhkan
Industri Peladang
Program
i. Mempergiatkan
Usaha Menambah Keahlian
ii. Memantapkan Pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
iii. Mempelbagaikan Perkhidmatan Kepada Ahli
iv. Meningkatkan Pendapatan PPK Melalui Aktiviti Ekonomi
STRATEGI 5
Memperkasakan
Tadbir Urus Dan Modal Insan
Program
i. Merencana
Tadbir Urus Yang Utuh
ii. Meningkatkan Sistem Penyampaian
Organisasi
iii. Memperkemas Sistem Rangkaian
Information and Communication Technology (ict) Dalaman dan Memperluaskan
Aplikasi (E-Government)
iv. Membina keupayaan Modal Insan
PETA
KAWASAN PARLIMEN / DUN DAN AHLI PARLIMEN DAN DUN
Peta Kawasan Parlimen Negeri Kedah
Ahli Parlimen
No.
|
Kawasan
Parlimen
|
Menjadi
Wakil Rakyat (Ahli Parlimen)
|
Mewakili
Parti
|
P4
|
Langkawi
|
||
P5
|
Jerlun
|
||
P6
|
Kubang
Pasu
|
||
P7
|
Padang
Terap
|
||
P8
|
Pokok
Sena
|
||
P9
|
Alor
Setar
|
||
P10
|
Kuala
Kedah
|
||
P11
|
Pendang
|
||
P12
|
Jerai
|
||
P13
|
Sik
|
||
P14
|
Merbok
|
||
P15
|
Sungai
Petani
|
||
P16
|
Baling
|
||
P17
|
Padang
Serai
|
Bebas[1]
|
|
P18
|
Kulim-Bandar
Baharu
|
Bebas[2]
|
Peta Kawasan DUN Kedah
Ahli DUN
ADUN Kedah[sunting | sunting sumber]
|
|||
No.
|
Kawasan DUN
|
Menjadi ADUN
|
Mewakili Parti
|
N1
|
Ayer Hangat
|
Mohd Rawi Abdul
Hamid
|
|
N2
|
Kuah
|
Nor Saidi Nanyan
|
|
N3
|
Kota Siputeh
|
Abu Hasan Sarif
|
|
N4
|
Ayer Hitam
|
Dato' Mukhriz
Mahathir
|
|
N5
|
Bukit Kayu Hitam
|
Datuk Ahmad Zaini
Japar
|
|
N6
|
Jitra
|
Aminuddin Omar
|
|
N7
|
Kuala Nerang
|
Badrul Hisham
Hashim
|
|
N8
|
Pedu
|
Kama Noriah Ibrahim
|
|
N9
|
Bukit Lada
|
Ahmad Lebai Sudin
|
|
N10
|
Bukit Pinang
|
Md Rohsidi Osman
|
|
N11
|
Derga
|
Tan Kok Yew
|
|
N12
|
Bakar Bata
|
||
N13
|
Kota Darul Aman
|
Teoh Boon Kok
|
|
N14
|
Alor Mengkudu
|
Ahmad Saad
|
|
N15
|
Anak Bukit
|
||
N16
|
Kubang Rotan
|
Mohd Nasir Mustafa
|
|
N17
|
Pengkalan Kundor
|
||
N18
|
Tokai
|
Mohamad Taulan
Rasul
|
|
N19
|
Sungai Tiang
|
Suraya Yaacob
|
|
N20
|
Sungai Limau
|
||
N21
|
Guar Chempedak
|
Ku Abd Rahman Ku
Ismail
|
|
N22
|
Gurun
|
Leong Yong Kong
|
|
N23
|
Belantek
|
Mohd Tajudin Abdullah
|
|
N24
|
Jeneri
|
Mahadzir Abdul Hamid
|
|
N25
|
Bukit Selambau
|
R Krishnamoorthy
|
|
N26
|
Tanjong Dawai
|
Datuk Tajul Urus Mat Zain
|
|
N27
|
Pantai Merdeka
|
Ali Yahaya
|
|
N28
|
Bakar Arang
|
Ooi Tze Min
|
|
N29
|
Sidam
|
Robert Ling Kui Ee
|
|
N30
|
Bayu
|
Azmi Che Husain
|
|
N31
|
Kupang
|
Harun Abdul Aziz
|
|
N32
|
Kuala Ketil
|
Md Zuki Yusof
|
|
N33
|
Merbau Pulas
|
||
N34
|
Lunas
|
Azman Nasruddin
|
|
N35
|
Kulim
|
Chua Tiong Gee
|
|
N36
|
Bandar Baharu
|
Noor Sabrina Md Nor
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan